Terdapat banyak lubuk udang galah di Kuala Selangor tetapi udang galah disini adalah mengikut musim yang tertentu. Biasanya udang galah disini akan keluar mencari makan selepas hujan lebat selama beberapa hari. ia akan keluar apabila tiada hujan dan kemudian panas lebih kurang dalam beberapa hari. Lokasi memancing udang galah di Kuala Selangor yag terkenal adalah seperti di Jambatan kuala Selangor, Pasir Penambang, dan juga di kawasan Sabak Bernam. Kawasan yang mempunyai udang galah paling banyak udang galah adalah di Kampung Kuantan, Kuala Selangor tetapi hati-hati kerana disitu terdapat buaya dan pemancing dinasihatkan memancing menggunakan bot dengan aspek keselamatan yang tinggi.