Bulan lepas saya telah memancing di laut di kuala Selangor. Cuaca Nampaknya cerah, saya memang berharap tak hujan la. Kalau hujan alamatnya bungkus la. Pada pukul 7.30 pagi saya telah pun siap untuk berangkat ke Pasir Penambang untuk menaiki bot Pak Mat. Sewa pun berpatutan, cuma RM400, kami berlapan pulak tu, cuma RM 50 sorang jela. Umpan pun dah disediakan pulak tu. Umpan Udang, sotong dan Ikan. Kira ok la tu. Kami Mulakan Perjalanan pada pukul 8, kira-kira 2 jam kemudian baru sampai ke destinasi. Masa tu sorang kawan saya dah mula pening-pening. Hehe, mabuk laut la tu. Sampai-sampai, kami tak membuang masa terus melabuhkan pancing, masa tu langit dah mula gelap, laut dah mula bergelora, dalam hati terfikir, alamat tak baik ni!!.. Selepas beberapa minit memancing, kami dapat menaikkan 2 ekor gelama lebih kurang 1kg. Lepas 30 minit, laut mula ganas, kami terpaksa lari ke tepi kerana hujan turun lebat dan laut bergelora, nampaknya kami terpaksa masuk ke kuala sungai kerana cuaca tak mengizinkan. Jadi aktiviti kami dah bertukar ke memancing semilang. Nampaknay begitula yang akan terjadi kalau kita tak rancang dulu aktiviti memancing. Kepada geng, kalau nak mancing, rancang dulu baru jalan.